BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 20, 2010



Kedai Puteri's Jewellery merupakan reseller MyGold Online. kedai emas kami jual beli emas, perniagaan emas secara online. Hasrat menjalankan perniagaan emas secara online iaitu hampir keseluruhannya urusniaga dijalankan secara online. Puteri's Jewellery menjalankan urusniaga menjual dan membeli emas baru dan terpakai. Rangkaian produk kami termasuklah emas dalam bentuk syiling, dinar, gold bar dan barang kemas. Kami berusaha untuk menjual dengan harga lebih rendah di kedai emas online kami dari pasaran dan membeli lebih tinggi dari harga pasaran tertakluk kepada harga semasa.

Anda bolehlah membuat perbandingan harga kami dan pasaran sebelum memutuskan untuk berurusniaga samada menjual dan/atau membeli. Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya ingin mendapatkan kepastian harga kerana harga emas yang berubah setiap masa, memungkinkan kami tidak dapat update harga dengan tepat.

Tips Penjagaan Barang Kemas

Asingkan jenis barang kemas spt emas putih, emas kuning, berlian, mutiara dll..Sebagai cth sekiranya berlian diletakkan bersama emas lain dikhuatiri akan calar dan tidak berkilat..emas putih yang bercampur dengan emas lain menyebabkan emas putih tidak berkilat. So better beli beg khusus yg byk ruang utk asingkan barang2 kemas tersebut....

Simpan perhiasan dlm bekas berasingan @ di dlm bekas yg lembut untuk mengelak barangan kemas bergesel antara satu sama lain, yang boleh mengakibatkan calar pada permukaan barang kemas.

Barang kemas dipakai selepas anda bersolek, memakai wangian dan penyembur rambut kerana bahan tersebut boleh bertindakbalas dengan aloi yang terdapat dalam emas

Jangan berenang bersama barang kemas anda kerana klorin yang terdapat dalam kolam renang serta garam yang terkandung dalam air laut boleh merosakkan cincin, gelang dan rantai anda

Bersihkan barang kemas anda dengan sekerap mungkin sama ada dengan menggunakan pencuci khusus (boleh didapati di kedai emas) atau dengan air sabun yang suam dan gosok dengan berus gigi lembut untuk menanggalkan minyak dan lainlain.



Tips Mencuci Barang Kemas

1. Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.

Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata @ homogen dengan mengacaunya.
Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
Hasilnya, Insyaallah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.


2. Menggunakan Ammonia.

Sediakan larutan ammonia (1:6) dengan mencampurkan 1 bahagian ammonia bersama 6 bahagian air.
Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci selama 1 minit.
Gosokkan dengan menggunakan berus gigi lembut.
Bilas barang kemas tadi dengan mengalirkan air kepadanya supaya semua larutan ammonia tadi tidak sedikit pun terlekat padanya.
Lapkan dengan kain kapas lembut sehingga kering.
Hasilnya, sungguh berbaloi. TAPI INGAT!!! jangan selalu melakukan teknik ini, kerana ia boleh merosakkan permukaan barang kemas tersebut @ ia akan menjadi pudar selamanya. Sekian..selamat mencuba..
0 comments Links to this post
Perbandingan Harga Barang Kemas Di Kedai Emas Berhampiiran Anda

Bagaimana Mengetahui Ketulenan Emas


Caranya mudah saje..

Mesti ada penimbang yg ada 2 digit lepas perpuluhan
Cawan plastik yang ringan(cawan dadih pasar malam adalah amat digalakkan).
Benang jahit baju
Air paip
Calculator
Emas yg hendak di uji ketulenan/ketumpatan.

Langkah-langkah:

Timbang emas anda dengan penimbang emas.catitkan berat(g).

Masukkan air di dalam cawan (sukatan emas dapat tenggelam sepenuhnya di dlm cawan tetapi tidak menyentuh dasar cawan).
Letak cawan berisi air di atas penimbang.
Reset(off&on) semula penimbang.Dapatkan bacaan 0.00g.(bacaan cawan+air).
Ikat emas anda dengan benang.Rendam emas di dlm cawan(mesti tenggelam sepenuhnya dan emas tidak mencecah dasar cawan).
Catat bacaan berat air yg tersasar(0.xx g).

Dengan menggunakan prinsip archemedes.
(di sini perlunya ada calculator)

Ketumpatan =

jisim(berat emas)/ isipadu air yg tersasar[(berat cawan+air+emas)-(berat cawan+air)]

Contoh jisim = 4.25g

* Isipadu air tersasar = 0.24cm padu
* Nilai ketumpatan bersamaan 4.25g/0.24g bersamaan 17.71.
* Merujuk kepada jadual ketumpatan,ketumpatan emas ialah 19.3g/cm padu.
* Jadi di sini dapatlah kita mengetahui ketumpatan emas dengan mudah.
* Ketumpatan emas anda ialah 17.71/19.3 = 0.917%
* 0.917% = 22k.


p/s: kepada yg ingin menguji silver,ketumpatan silver ialah 10.49g/cm padu



Selamat mencuba kepada semua peminat-peminat emas semua.

KETULENAN EMAS

24.0 Karat = 999
22.8 Karat = 950
22.0 Karat = 916
21.0 Karat = 875
20.0 Karat = 835
18.0 Karat = 750
14.0 Karat = 585
10.0 Karat = 417
09.0 Karat = 375